Wednesday, December 16, 2009

Nur Amalina turut dipolitikkan..




Nur Amalina Che Bakri pernah menggemparkan negara satu ketika dulu dengan kejayaan beliau memperolehi 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia, satu pencapaian akademik yang belum pernah diperolehi oleh sesiapa pun sebelum ini.


Baru-baru ini YB Zulkifli Noordin membangkitkan kesahihan berita kegagalan Amalina dalam pengajian beliau di Universiti of Edinburgh sewaktu sesi perbahasan di Parlimen dengan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Sai­fuddin Abdullah. Menurut Zulkifli, ramai menggunakan cerita ini untuk memperlekehkan keupayaan anak-anak Melayu bersaing di peringkat antarabangsa, dan memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan, dan sebaliknya terlalu mengagung-agungkan sekolah lain!


Zulkifli menjelaskan di dalam blog beliau, Amalina baru sahaja menamatkan pengajian di tahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc.


Tak kisah berapa A1 yang beliau perolehi, yang penting usaha berterusan mencapai kecemerlangan. Kisah kejayaan demi kejayaan adalah cerita.. kisah kejatuhan selepas kejayaan adalah berita.

Campukak: Bad News is Good News..