Wednesday, March 26, 2008

Campukak-Terung Pipit (Solanum Tarvum), Turkeyberry (U.S.)


Turkeyberry is also known by devil’s fig, wild egg plant, terongan, pea eggplant, makhua phuang (Thai: มะเขือพวง), Shui qie (Chinese) and many other names. Turkeyberry apparently is native from Florida and southern Alabama through the West Indies (Little and others 1974). Turkey berry has been introduced and naturalized throughout tropical Africa, Asia, Australia, and the Pacific Islands including Hawaii, Guam, and American Samoa (Pacific Island Ecosystems at Risk 2001).
Pokok Terung Pipit atau juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Solanum tarvum. Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam selain dimasak sambal atau tumis taucu udang kering. Turut digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
Campukak: Terung Pipit di kenali dengan nama Campukak di daerah Sandakan, terutama bagi kaum Brunei yang menetap di Kampung Karamunting, 6 kM dari bandar sandakan. Nama Campukak begitu signifikan dengan Sandakan kerana nama berkenaan hanya digunakan di daerah ini berbanding daerah lain yang menggunakan nama Terung Pipit.
Emm.. teringat nostalgia semasa menikmati masakan arwah bonda.. Al Fatihah

No comments: