(Tanda Titik 3)
Kulit babi adalah antara bahan mentah yang paling banyak digunakan dalam industri perhiasan barangan kulit. Ini termasuklah tas tangan, dompet, beg tangan, kasut selain sebagai bahan sampingan untuk barangan kulit lain. Ini adalah kerana kulit babi ini lembut, memiliki kualiti yang sama dengan kulit lain dan kekurangan bahan mentah dari kulit binatang lain. Manakala faktor yang paling jelas ialah faktor harga yang sangat murah berbanding kulit lain.
Cara untuk mengenali kulit babi ini ialah bukanlah dengan menghidunya membabi buta tetapi melihat adanya kesan tompokan titik bertiga di helaian kulit berkenaan. Tanda ini tidak hilang walaupun kulit berkenaan telah diberikan pewarna.
Setakat ini, tidak ada bukti saintifik menunjukkan kasut dan sandal terbabit diperbuat daripada kulit babi sehinggalah ia disahkan Jabatan Kimia. Walau bagaimanapun, ianya adalah satu-satunya cara yang dikenal pasti bagi umat Islam melindungi diri dari menggunakan bahan yang menjadi larangan dalam agama.
Bacaan lanjut, di sini, dan artikel mengenai pemeriksaan KPDNHEP terhadap kedai kasut yang menjual barangan kulit dari babi, sini.
Cara untuk syak kasut kulit Babi ialah...
-Harganya lebih murah dari kasut lain.
-Biasanya kulit babi ini di pasang di bahagian dalam kasut sebagai pelapik sebab ia lembut.
-Paling banyak pada kasut kanak-kanak perempuan
-Kasut wanita pun banyak (paling banyak masa sales)
-Sandal Lelaki.
Banyak terdapat di kompleks membeli belah terutamanya;
-Perangin Mall
-Bukit Jambul
-Gurney Plaza
-Komtar
-Sunshine
-GAMA
-Pasific
-SOGO
-Harganya lebih murah dari kasut lain.
-Biasanya kulit babi ini di pasang di bahagian dalam kasut sebagai pelapik sebab ia lembut.
-Paling banyak pada kasut kanak-kanak perempuan
-Kasut wanita pun banyak (paling banyak masa sales)
-Sandal Lelaki.
Banyak terdapat di kompleks membeli belah terutamanya;
-Perangin Mall
-Bukit Jambul
-Gurney Plaza
-Komtar
-Sunshine
-GAMA
-Pasific
-SOGO
-Queensbay
Campukak: Pernah terserempak dengan jualan sales, barangan kasut sukan di Wisma Merdeka (Kedai Kasut Adidas-berdekatan tangga bergerak, fasa 2 Wisma Merdeka). Walking sport shoe jenama Adidas buatan China sedang dipromosikan. Pada masa tu, nasib ditanda terang-terangan 'Non Halal' (salah tafsir mengenai konsep Halal-kasut bukan untuk dimakan) pada kasut berkenaan. Sikap bertanggungjawab tuan punya kedai berkenaan amat dihargai, kalau tidak pastinya Campukak akan turut serta membelek kasut berkenaan untuk saiz yang paling besar.
1 comment:
saya ingin tahu adakah kulit yang terdapat di dalam gambar diperbuat daripada kulit babi?
http://www1.picturepush.com/photo/a/1373469/1024/2009-Pearson-TX4-Jan-29/grip-2.jpg
Post a Comment